Ketua Pengarah Biro Pameran Antarabangsa (BIE), Jean-Pierre Lafon berkata semalam, pihaknya amat berpuas hati dengan Ekspo Dunia 2010 yang sudah berlangsung di Shanghai selama lebih dua bulan.
Menurut beliau, pelbagai kerja untuk ekspo tersebut seperti perkhidmatan awam dan lalu lintas dijalankan dengan lancar pada dua bulan setengah yang lalu. Ekspo kali ini juga menyediakan perkhidmatan penterjemahan yang baik untuk pelancong asing.
Jean-Pierre Lafon juga memuji tinggi komunikasi dan pertukaran global yang dipertunjukkan dalam ekspo kali ini. Menurut beliau, ekspo kali ini menyediakan peluang kepada rakyat China untuk mengetahui dunia, dan juga menyediakan peluang kepada dunia untuk mengetahui pembangunan di China.