Hari ini merupakan Hari Populasi Dunia ke-21. Tema Hari Populasi Dunia tahun ini ialah "setiap orang adalah penting". Forum bertema yang sama telah diadakan di Pavilion PBB dalam Taman Ekspo Dunia Shanghai. Para hadirin menegaskan, data populasi yang berkualiti tinggi mempunyai makna penting bagi penetapan dasar dan perbaikan hidup rakyat.
Wakil Tabung Populasi PBB di China, Dr. Bernard Coquelin menyatakan dalam forum itu bahawa "setiap orang adalah penting" bermakna setiap orang perlu diliputi dalam banci. Data populasi yang benar dan menyeluruh memainkan peranan asas bagi penetapan dasar dan menjamin setiap orang menikmati perkhidmatan awam yang asas, lebih-lebih lagi hak dan kepentingan kumpulan lemah dapat dijamin.
China sedang mengalami proses pembandaran berskala paling besar dalam sejarah. Populasi migran telah melebihi 200 juta orang. Ketua Pengarah Jabatan Statisti Populasi dan Pekerjaan Biro Statistik Negara China, Feng Nailin memaklumkan dalam forum tersebut bahawa banci kebangsaan China ke-6 akan dimulakan pada bulan November nanti.