Cari:
Hari Pavilion Timor Leste di Taman Ekspo Dunia Shanghai
2010-07-13 15:05:35 CRI Cetak

Presiden Timor Leste, Jose Ramos-Horta

Hari ini ialah Hari Pavilion Timor Leste. Ini merupakan kali pertama negara itu menyertai Ekspo Dunia yang berdaftar sebagai sebuah negara yang merdeka. Presiden Timor Leste, Jose Ramos-Horta yang berada di Shanghai untuk menghadiri aktiviti Hari Pavilion Timor Leste, ketika diwawancara wartawan CRI baru-baru ini menyatakan, Timor Leste, sebagai sebuah negara yang masih muda, berasa amat bangga kerana berpeluang menyertai Ekspo Dunia di Shanghai ini.

Gadis-gadis dari Timor Leste ini kelihatan sedang membuat persembahan tarian.

Menurutnya, melalui penyertaan dalam ekspo ini, lebih ramai rakyat China dan pelancong asing dapat mengenali lebih dekat budaya dan tradisi Timor Leste, serta kemajuan yang mereka capai.

Beliau juga menyatakan, hubungan antara Timor Leste dengan China boleh menjadi contoh yang baik kepada negara-negara lain, dan beliau amat berpuas hati dengan kerjasama yang erat antara kedua-dua negara.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China