Dalam upacara perasmian sidang tersebut hari ini, Naib Gabenor Provinsi Guangdong yang juga Datuk Bandar Guangzhou selaku Naib Pengerusi Suruhanjaya Sukan Asia Guangzhou, Wan Qingliang berkata, rancangan perkhidmatan media untuk Sukan Asia Guangzhou akan lebih disempurnakan, dengan mengoptimumkan prosedur kerja penyusunan dan mengumumkan pemandu khidmat media untuk memastikan pusat berita utama dan perkampungan media dapat digunakan mengikut jadualnya serta melancarkan lagi kerjanya.
Suruhanjaya Sukan Asia Guangzhou juga memaklumkan piawaian khidmat dan kemudahan untuk sector media yang akan disediakan dalam tempoh temasya sukan kali ini.