Cari:
Pertandingan Koir Dunia Ke-6 Berakhir
2010-07-27 10:00:05 CRI Cetak

Pertandingan Koir Dunia ke-6 berakhir di bandar Shaoxing, China semalam.

Kira-kira 21.7 ribu penyanyi dari 472 kumpulan koir dan 83 buah negara menyertai pertandingan tersebut. Antaranya 19 kumpulan koir dipilih menjadi johan, termasuk 5 kumpulan koir dari Tanah Besar China dan Hong Kong.

Pertandingan Koir Dunia dianjurkan oleh Tabung Pertukaran Kebudayaan Antarabangsa yang beribu pejabat di Jerman.

Mark Mallory, Datuk bandar penganjur Pertandingan Koir Dunia ke-7, Cincinatti, A.S. telah menerima bendera Pertandingan Koir Dunia dari Presiden Tabung Pertukaran Kebudayaan Antarabangsa. Beliau menyatakan bahawa Cincinatti mengalu-alukan penyertaan rakan dari seluruh dunia dalam Pertandingan Koir Dunia pada tahun 2012. Beliau juga membacakan surat tahniah Presiden A.S., Barack Obama atas kejayaan pertandingan kali ini.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China