Sukan Asia ke-16 akan diadakan di Guangzhou China pada 12 hingga 27 November ini.
Naib Datuk Bandar Guangzhou merangkap Naib Ketua Setiauasha Jawatankuasa Penganjur Sukan Asia, Xu Ruisheng berkata di Shanghai hari ini, kerja persiapan peringkat awal untuk temasya tersebut telah selesai. Sekarang tibalah masa untuk mengadakan ujian stadium.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar mengenai aktiviti "Mingguan Guangdong" dalam Ekspo Dunia di Shanghai hari ini. Menurut beliau, jadual temasya sukan tersebut telah ditetapkan dan pertandingan ujian sedang dijalankan.