Cari:
Republik Korea dan A.S. Akan Adakan Latihan Bersama Antikapal Selam Bulan Depan
2010-08-19 11:29:45 CRI Cetak

Tentera Republik Korea dan Amerika Syarikat akan mengadakan latihan bersama antikapal selam di perairan barat Republik Korea pada awal bulan depan.

Demikian diumumkan bersama oleh kedua-dua negara semalam. Latihan bersama antikapal selam yang bersifat defensif itu bertujuan untuk meningkatkan taktik antikapal selam dan kemampuan pertempuran kedua-dua negara.

Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK) mengutuk keras siri latihan yang diadakan di perairan timur dan barat Semenanjung Korea, dan menganggap Republik Korea dan A.S. "gila berkomplot untuk mencetuskan peperangan". Latihan bersama itu merupakan "latihan peperangan yang menyeluruh" dan "latihan peperangan nuklear" terhadap DPRK. Tentera dan rakyat DPRK akan "membalasnya dengan tindakan ketenteraan yang paling keras".

Sebelum ini, tentera China kerap kali menyatakan bantahannya terhadap kapal dan pesawat tentera negara asing menjalankan kegiatan yang mengancam kepentingan China di laut berhmpiran China.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China