Cari:
Pameran Kesenian Kontemporari Sukan Asia Akan Diadakan di Guangzhou China
2010-08-21 15:17:42 CRI Cetak

Jawatankuasa Penganjur Sukan Asia ke-16 memaklumkan hari ini, pameran kesenian kontemporari Sukan Asia akan diadakan di bandar Guangzhou menjelang temasya sukan tersebut dirasmikan.

Pameran kesenian yang akan diadakan pada 9 hingga 15 November ini mempamerkan 16 unit patung pahatan sukan serta lukisan minyak yang berlatarbelakangkan 14 acara Sukan Asia di Guangzhou yang tidak disenaraikan dalam Sukan Olimpik serta "Laluan Sutera". Selain itu, beratus-ratus karya yang dihasilkan oleh seniman yang cemerlang dari pelbagai negara-negara Asia juga akan dipamerkan dalam pameran kali ini.

Karya-karya tersebut juga akan dipamerkan di pelbagai bandar di China serta negara-negara Asia dalam tempoh berlangsungnya Sukan Asia di Guangzhou.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China