Cari:
100 Ribu Produk Francais Cetak Rompak Ekspo Dunia Shanghai Dimusnahkan
2010-08-22 14:37:19 CRI Cetak

Upacara memusnahkan produk francais cetak rompak Ekspo Dunia diadakan di Taman Ekspo Dunia Shanghai hari ini. Kira-kira 100 ribu produk francais cetak rompak termasuk maskot dan hiasan dimusnahkan dalam aktiviti tersebut.

Pihak polis, jabatan pentadbiran industri dan perdagangan serta jabatan pentadbiran perbandaran Taman Ekspo Dunia Shanghai baru-baru ini telah menangkap sejumlah suspek yang membuat dan menjual produk fancais Ekspo Dunia cetak rompak dan merampas banyak barang yang dihasilkan oleh mereka.

Pihak polis memaklumkan bahawa alat permainan Haibao, maskot untuk Ekspo Dunia Shanghai cetak rompak diperbuat dengan menggunakan bahan-bahan yang menjejaskan kesihatan. Para pelawat hendaklah membeli barang-barang tersebut di kedai francis yang sah.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China