Cari:
Taman Tanah Paya Negara Xixi, Syurga Burung
2010-08-24 15:55:00 CRI Cetak

Rombongan wartawan CRI dari dalam dan luar negara sedang menjalankan liputan di Taman Tanah Paya Xixi Negara di bandar Hangzhou hari ini. Pegawai taman itu memaklumkan bahawa jumlah burung yang hidup di taman itu telah meningkat daripada 89 jenis pada 2003 kepada 130 jenis pada masa ini hasil tindakan kerajaan meningkatkan perlindungan ekologi. Taman itu turut menjadi syurga untuk burung.

Taman Tanah Paya Negara Xixi yang terletak di kawasan beriklim monsun subtropika ini mempunyai empat musim dalam setahun dengan mendapat cahaya matahari dan hujan yang cukup. Taman ini merupakan sebuah taman ekologi yang menggabungkan sumber ekologi yang kaya, pemandangan alam semula jadi yang sederhana dan budaya lama China.

Untuk melindungi tanah paya Xixi ini dengan lebih berkesan, pada bulan Ogos 2003, kerajaan tempatan telah memulakan projek perlindungan bersepadu yang berdasarkan prinsip "mengutamakan usaha perlindungan ekologi, menjalankan pembangunan pada tahap minimum, memberikan perhatian kepada kebudayaan, mengutamakan kepentingan manusia dan pembangunan secara berterusan", memindahkan penghuni di kawasan itu ke tempat lain, membersihkan saluran sungai, menanam semula rumput dan pokok, mengubahsuai perumahan dan lain-lain lagi untuk memelihara dan memulihara secara saintifik sistem pengairan, bentuk muka bumi, sumber haiwan dan tumbuh-tumbuhan, serta artifak adat resam penduduk tempatan, tapak dan hasil peninggalan sejarah.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China