Cari:
Kualiti Alam Sekitar Kawasan Tasik Seribu Pulau sudah Meningkat
2010-08-25 16:55:05 CRI Cetak

Wartawan Radio Antarabangsa China (CRI) yang menyertai aktiviti Lawatan Wartawan China dan Asing ke Zhejiang kini membuat liputan di kaunti Chun'an Provinsi Zhejiang.

Ketika membuat liputan tersebut, wartawan CRI dimaklumkan bahawa, air Tasik Seribu Pulau di kaunti tersebut sedang ditingkatkan kualitinya menerusi kaedah perlindungan jangka panjang yang berkesan beberapa tahun kebelakangan ini. Hasilnya, tasik itu kini menjadi salah sebuah tasik yang paling bersih airnya di China.

Tasik Seribu Pulau, yang terletak 129 km dari Hangzhou, ibukota provinsi Zhejiang, luasnya 573 km persegi dan kadar liputan hutannya mencecah 95%. Ia merupakan tasik yang mempunyai pulau yang paling banyak di seluruh dunia dan telah menjadi destinasi pelancongan yang penting peringkat negara. Lebih daripada 2000 jenis haiwan dantumbuh-tumbuhan serta dan 90 jenis ikan hidup di kawasan tasik ini.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China