Hari ini kira detik 100 hari Sukan Para Asia di Guangzhou. Sekarang, kebanyakan daripada 24 buah stadium dan gimnasium yang akan digunakan dalam sukan tersebut sudah siap dibina dan diuji operasinya.
Untuk memenuhi keperluan sukan tersebut, kerajaan bandar Guangzhou telah membina dan mengubahsuai lebih 20 ribu kemudahan tanpa halangan di jalan, persimpangan, lapangan terbang dan stesen kereta api, dan telah menyelesaikan perekrutan lebih 25 ribu orang sukarelawan.
Setakat 28 haribulan Ogos lalu, sebanyak 40 buah negara dan kawasan telah mendaftarkan diri untuk menyertai sukan kali ini. Terdapat 432 acara kecil dalam 19 acara besar dalam sukan itu. Sementara itu, pelan pemilihan pembawa obor telah dimulakan.








