Kerajaan Shanghai telah mengambil pelbagai langkah untuk meningkatkan keberkesanan sistem pengangkutan awam untuk menghadapi tekanan aliran pelancong yang akan masuk sempena Pesta Kuih Bulan dan cuti panjang Hari Kebangsaan yang jatuh pada 22 September dan 1 Oktober nanti.
Menurut laporan Agensi Berita China, memandangkan ramai pelancong akan datang ke Shanghai untuk melawat Ekspo Dunia 2010 sempena dua perayaan tersebut, perkhidmatan kereta api bawah tanah Shanghai telah beroperasi mengikut jadual baru bermula hari ini dengan menambah kekerapan perkhidmatan. Para penumpang juga boleh membeli tiket bas ekspres sepanjang cuti Hari Kebangsaan di Stesen Bas Jarak Jauh Shanghai bermula hari ini.
Pada masa yang sama, Biro Perkhidmatan Kereta Api Shanghai juga merancang untuk menambah sebanyak 53 perkhidmatan sementera bagi tempoh yang sama untuk melancarkan perjalanan para penumpang.