Persidangan Peringkat Tinggi Mengenai Matlamat Pembangunan Milenium (MDG) dirasmikan di ibu pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York semalam. Setiausaha Agung PBB Ban Ki-moon dan para pemimpin dari kira-kira 140 buah negara menghadiri persidangan tersebut.
Dalam ucapannya, Ban Ki-moon berkata, selepas MDG ditetapkan, walaupun menghadapi banyak masalah dan kesangsian, namun matlamat itu boleh tercapai sebelum tempohnya berakhirpada tahun 2015.
Persidangan selama 3 hari yang dihadiri ramai pemimpin itu akan menjelaskan pandangan mereka pelaksanaan MDG dan cara untuk menyegerakan pencapaian matlamat tersebut.