Cari:
Wen Jiabao Tiba di New York Hadir Persidangan PBB
2010-09-22 15:09:05 CRI Cetak
Perdana Menteri China Wen Jiabao tiba di New York malam semalam untuk menghadiri perdebatan umum Perhimpunan Agung PBB ke-65 dan Persidangan Peringkat Tinggi Mengenai Matlamat Pembangunan Milenium (MDG).

Wen Jiabao akan menghadiri Persidangan Peringkat Tinggi Mengenai Matlamat Pembangunan Milenium dan menyampaikan ucapan. Beliau akan menjelaskan pencaipaian dan pengalaman China dalam usaha mencapai matlamat tersebut serta mengemukakan pandangan China untuk memperluaskan kerjasama antarabangsa dan hasrat untuk mencapai MDG.

Perdebatan umum Perhimpunan Agung PBB ke-65 selama 10 hari akan bermula pada 23 September nanti. Wen Jiabao akan menghadiri perdebatan tersebut, menegaskan lagi bahawa China akan mempertahankan dasar pembaharuan dan pintu terbuka dan pembangungan secara damai China dan bersedia meningkatkan kerjasama dengan masyarakat antarabangsa untuk memujudkan membangun bersama dan saling menguntungkan.

Selain itu, Wen Jiabao juga akan menghadiri Sidang Kemuncak Majlis Keselamatan serta Seminar Matlamat Pembangunan Milenium dan Penyakit AIDS. Beliau akan mengadakan pertemuan dengan Presiden A.S. Barack Obama dan Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon untuk bertukar-tukar pandangan tentang hubungan dan kerjasama serta masalah lain yang menjadi perhatian bersama.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China