Pegawai dan pakar dari PBB, pertubuhan antarabangsa bukan kerajaan serta beberapa negara dan wilayah menghadiri seminar tersebut.
Topik seminar antarabangsa ini bukan sahaja meliputi tugas menyelamat dan pembinaan semula di Wenchuan, tetapi juga meliputi pengalaman pengawalan bencana dari Jepun, Jerman, Indonesia, Hong Kong dan Taiwan. Seminar ini diadakan untuk mempercepatkan pembinaan dan pemulihan di kawasan bencana Wenchuan serta menyegerakan pembinaan sistem pengawalan bencana untuk meningkatkan keupayaan manusia bagi mengatasi gempa bumi dan bencana besar yang lain.