China akan terus menyertai aktiviti PBB dalam pelbagai bidang dengan aktif, di samping berusaha untuk memperkukuh hubungan rakan dengannya, serta menggalakkannya untuk memainkan peranan teras dalam urusan antarabangsa.
Demikian dinyatakan oleh Perdana Menteri China, Wen Jiabao ketika menemui Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon di ibu pejabat PBB di New York semalam.
Menurut beliau, kerajaan China juga akan terus menggalakkan masyarakat antarabangsa untuk mempertingkat persefahaman dan memperkukuh kerjasama demi memastikan Matlamat Pembangunan Millenium (MDG) dicapai menurut jadual yang ditetapkan.
Ban Ki-moon pula menyatakan bahawa usaha kerajaan China dalam membasmi kemiskinan dan memajukan pembangunan yang berterusan telah memperlihatkan hasil yang ketara. Beliau turut menyatakan penghargaan yang tinggi terhadap sumbangan kerajaan China dalam mendorong pelaksanaan MDG serta menggalakkan dialog dan kerjasama serantau.