Cari:
Persidangan Peringkat Tinggi Mengenai MDG Ditutup
2010-09-23 17:46:19 CRI Cetak

Persidangan Peringkat Tinggi Mengenai Matlamat Pembangunan Milenium (MDG) telah meluluskan sebuah Dokumen Hasil sebelum ditutup di ibu pejabat PBB di New York semalam. Para pemimpin yang hadir berjanji akan "berusaha sedapat mungkin untuk merealisasikan matlamat tersebut".

Ketika menyampaikan ucapan penutup, Presiden Perhimpunan Agung PBB (UNGA) penggal ini, Joseph Deiss menyatakan bahawa usaha untuk merealisasikan MDG merupakan tanggungjawab moral yang perlu dipikul bersama oleh negara-negara di dunia ini. Ia benar-benar amat besar maknanya bagi keamanan, keselamatan dan kemakmuran dunia. Beliau amat mengalu-alukan janji yang dibuat oleh pemimpin yang berkenaan untuk terus menyediakan bantuan kepada negara-negara membangun, mencari pendekatan yang bersifat inovatif untuk mengumpulkan modal, serta mengerahkan sumber daya domestik sepenuhnya. Bagaimanapun, beliau turut menegaskan bahawa pasaran yang terbuka, pentadbiran yang cekap dan peningkatan perbelanjaan awam juga amat penting untuk menjayakan pembangunan.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China