Cari:
China Yakin MDG Tercapai di China Menjelang 2015
2010-09-23 18:00:11 CRI Cetak

China menaruh keyakinan penuh terhadap tercapainya Matlamat Pembangunan Milenium PBB (MDG) di China menjelang tahun 2015.

Demikian dinyatakan oleh Perdana Menteri China, Wen Jiabao ketika berucap dalam Persidangan Peringkat Tinggi mengenai MDG di New York semalam. Beliau berkata, China sentiasa berusaha bersungguh-sungguh untuk menyahut saranan PBB dalam membasmi kemiskinan. Sejak tahun 1978, jumlah penduduk yang miskin di China telah menurun lebih 200 juta orang, mewakili 75% daripada seluruh angka yang bebas daripada kemiskinan di negara-negara membangun.

Wen Jiabao juga menyatakan bahawa dalam usaha China untuk mencapai MDG, masalah pekerjaan, pendidikan anak dan tempat tinggal bagi golongan berpendapatan rendah telah ditangani dengan baik.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China