Majlis Keselamatan PBB perlu mempertingkatkan kewibawaannya untuk memainkan peranan yang lebih besar dalam memelihara keamanan dan keselamatan antarabangsa.
Demikian dinyatakan oleh Perdana Menteri China, Wen Jiabao pada Sidang Kemuncak Majlis Keselamatan PBB di ibu pejabat PBB di New York semalam.
Dalam sidang tersebut, beliau turut mengemukakan beberapa cadangan mengenai tugas yang perlu diutamakan oleh Majlis Keselamatan PBB dalam situasi yang baru ini: pertama, menggalakkan penyelesaian pertikaian secara damai; kedua, memperhalusi kemampuan mereka untuk menyelesaikan masalah; ketiga, meningkatkan penyelarasan gerak kerja untuk menghapuskan punca-punca pertikaian yang berkenaan; dan, keempat, menitikberatkan isu-isu hangat di Afrika.