Wen Jiabao telah menghadiri Persidangan Peringkat Tinggi Mengenai Matlamat Pembangunan Milenium (MDG) dan perdebatan umum Perhimpunan Agung PBB ke-65 di ibu pejabat PBB di New York pada 21 sehingga 23 September lalu. Dalam tempoh 48 jam, beliau telah menghadiri seramai lebih 20 buah aktiviti dan persidangan yang penting dan bertemu dengan pemimpim-pemimpin negara luar, wakil-wakil Amerika Syarikat dan media.
Menteri Luar China, Yang Jiechi berkata, lawatan Wen Jiabao kali ini telah mencapai hasil yang memuaskan, iaitu meningkatkan pemahaman masyarakat antarabangsa terhadap China, mendorong masyarakat antarabangsa bersama-sama untuk mewujudkan MDG, mempertingkatkan imej China yang damai dan stabil serta mempertingkatkan perkembangan hubungan China-A.S..