Cari:
Sambut Hari Pavilion China Ekspo Dunia 2010
2010-10-01 12:36:25 CRI Cetak

Aktiviti sambutan Hari Pavilion China Ekspo Dunia 2010 di Shanghai China diadakan di ruang Pusat Ekspo pagi tadi. Lebih 700 orang tetamu dari dalam dan luar negara China telah menghadiri aktiviti tersebut.

Ketika berucap dalam upacara tersebut, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Kebangsaan China, Wu Bangguo menyatakan, Ekspo Dunia di Shanghai merupakan ekspo dunia pertama yang dianjurkan oleh sebuah negara membangun. Dalam tempoh 5 bulan lalu, 246 peserta negara dan pertubuhan antarabangsa bersama lebih 60 juta pelancong serta 2 juta orang sukarelawan dari dalam dan luar negara telah memperlihatkan tema ekspo dunai kali ini, iaitu "Better City, Better Life" kepada seluruh dunia.

Ketua Setiausaha Biro Pameran Antarabangsa, Vicente Loscertales mengucapkan bahawa meskipun Ekspo Dunia di Shanghai belum berakhir, ia telah mencipta banyak rekod baru dalam sejarah. China sedang memainkan peranan pemimpin dalam sebuah program kerjasama pelbagai hala yang belum pernah diwujudkan dalam sejarah ini. Kemampuannya yang luar biasa dan janjinya benar. Beliau berkata, kejayaan Ekspo Dunia di Shanghai mempunyai makna penting bagi pembangunan ekspo dunia pada masa depan. Ia telah merangsang keghairahan Yeosu, Republik Korea dan Milan, Itali untuk menganjurkan ekspo dunia selanjutnya dan juga menggalakkan negara-negara lain mengemukakan permohonan untuk menganjurkan ekspo dunia.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China