Cari:
Hari Pavilion China untuk Ekspo Dunia 2010 Shanghai Diadakan
2010-10-01 14:47:16 CRI Cetak

Hari ini merupakan Hari Kebangsaan China dan juga Hari Pavilion China untuk Ekspo dunia 2010 yang diadakan di Shanghai. Lebih 700 orang tokoh termasuk Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Kebangsaan China, Wu Bangguo dan Ketua Setiausaha Biro Pameran Antarabangsa (BIE), Vicente Ioscertales telah menghadiri aktiviti tersebut.

Wu Bangguo berkata, "Hari Pavilion China untuk Ekspo Dunia telah menambah kemeriahan perayaan hari kebangsaan. Saya bagi pihak kerajaan dan rakyat China mengucapkan selamat datang dan terima kasih kepada para dif yang menghadiri aktiviti tersebut."

Pavilion China telah menyediakan wadah kepada rakyat seluruh dunia untuk memahami budaya dan fikiran rakyat China. Wu Bangguo berkata, "Pavilion China terdiri daripada 3 ruang pameran yang masing-masing bertopik "tapak timur", "lawatan mencari" dan "tindakan karbon rendah". Pameran-pameran tersebut menyingkap kembali proses urbanisasi di China dalam tempoh lebih 30 tahun yang lalu serta memberi pandangan terhadap prospek pembangunannya pada masa hadapan."

Encik Keo Watt, pengunjung dari Australia yang sedang melawat pavilion China berkata, "China memainkan peranan yang kian penting dalam arena antarabangsa. Pavilion China bukan sahaja telah mempamerkan budaya dan warisan tradisi malah memberi cadangan bagi menghadapi cabaran perubahan iklim. Rakyat China perlu berasa bangga dengan pavilion tersebut."

Sejak Ekspo Dunia 2010 dirasmikan di Shanghai, pavilion China telah menarik perhatian para pelawat dari dalam dan luar negara. Menurut maklumat dari pihak penganjur Ekspo Dunia, pavilion China telah menerima kunjungan 7.48 juta orang. Ditambah pula dengan pelbagai pavilion provinsi dan bandar, jumlah pelancong yang melawat pavilion China telah mencecah 21.15 juta orang.

Wu Bangguo berkata, "Kerajaan China berkeyakinan untuk mengatasi pelbagai cabaran dan mencipta masa depan yang lebih cerah."

Ketua Setiausaha Biro Pameran Antarabangsa, Vicente Ioscertales berkata, "Melalui Ekspo Dunia yang diadakan di Shanghai kali ini, kita boleh menyaksikan perubahan yang sedang berlaku di China. Pendidikan, inovasi dan kerjasama yang dipraktikal di China juga merupakan asas penganjuran Ekspo Dunia."

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China