Cari:
Pemenang Kuiz Pengetahuan "Berkumpul di Shanghai, Ekspo Dunia yang Cemerlang" Mulakan Kunjungan ke Ekspo Dunia
2010-10-11 13:18:19 CRI Cetak

Kunjungan pemenang kuiz pengetahuan "Berkumpul di Shanghai, Ekspo Dunia yang Cemerlang" telah dimulakan secara rasmi semalam. Lapan orang pemenang pendengar CRI di seberang laut memulakan kunjungan mereka ke Ekspo Dunia Shanghai selama seminggu.

Untuk membolehikan rakyat di seberang laut mengenal Ekspo Dunia Shanghai menerusi bahasa ibundanya, Radio Antarabangsa China (CRI), Jabatan Ekspo Dunia Shanghai dan Stesen Radio dan Televisyen Shanghai telah mengadakan kuiz pengetahuan "Berkumpul di Shanghai, Ekspo Dunia yang Cemerlang" di seluruh dunia dalam tempoh 25 Januari hingga 1 Ogos 2010. Perkenalan mengenai kuiz pengetahuan kali ini telah disiarkan ke seberang laut melalui laman web dan siaran radio dalam 54 bahasa oleh CRI.

Dimaklumkan, lapan orang pemenang khas akan mengunjung ke Taman Ekspo Dunia dan destinasi pelancongan berhampiran bandar Shanghai pada 10 hingga 15 Oktober, serta menghadiri majlis anugerah yang dijadualkan esok di Shanghai.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China