Peruntukan menyeluruh bagi Sukan Asia Guangzhou melebihi 120 bilion yuan RMB.
Demikian dinyatakan oleh Datuk Bandar Guangzhou, Wang Qingliang ketika menjawab pertanyaan dalam sidang akhbar Jabatan Penerangan Dewan Negara China berhubung persiapan sukan tersebut semalam.
Menurut beliau, penganjuran sukan tersebut mengekalkan prinsip penjimatan. Peruntukan itu terutamanya digunakan dalam tiga bidang, iaitu pertama, pembinaan dan pembaikpulihan stadium Sukan Asia dan Sukan Asia OKU; kedua, modal untuk menjalankan kedua-dua sukan tersebut, dan ketiga, pembaikan persekitaran bandar Guangzhou.
Sebanyak 70 buah stadium akan digunakan dalam kedua-dua sukan ini, termasuk 53 buah stadium pertandingan dan 17 lagi bangunan latihan.








