Cari:
Sukan Asia Menjadikan Guangzhou Bandar Yang Baru
2010-10-14 14:18:04 CRI Cetak

Jabatan Penerangan Dewan Negara China semalam mengadakan sidang akhbar untuk memaklumkan kemajuan persiapan Sukan Asia 2010 dan Sukan Para Asia 2010 di Guangzhou serta keadaan kontinjen China.

Sukan Asia ke-16 akan diadakan di Guangzhou bermula 12 hingga 27 November nanti. Ini merupakan sebuah lagi temasya sukan yang besar yang dianjurkan oleh China selepas Sukan Olimpik 2008 di Beijing. Sukan Asia ini skalanya paling besar dan acaranya paling banyak. Dijangka kira-kira 14 ribu orang atlet dan pegawai kontinjen dari 45 buah negara dan kawasan di Asia akan datang ke Guangzhou untuk menyertai pertandingan dalam 42 acara.

Sukan Asia ini akan menggunakan 70 buah stadium dan gimnasium, termasuk 53 buah untuk pertandingan rasmi dan 17 buah untuk latihan. Naib Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Sukan Asia Guangzhou (GAGOC), Wan Qingliang menyatakan bahawa, kebanyakan stadium dan gimnasium letaknya di bandar Guangzhou dan telah pun siap.

"Antara 70 buah stadium dan gimnasium tersebut, 12 buah baru dibina dan 58 buah lagi yang diperbaiki. Antaranya Stadium Yuexiushan sudah mempunyai sejarah 60 tahun. Kami juga telah membina sebuah Kota Sukan Asia Guangzhou yang meliputi kampung atlet, kampung pegawai teknikal, kampung media, pusat media utama dan beberapa banyak stadium latihan."

Selepasa beberapa banyak stadium dan gimnasium ini siap, Guangzhou telah menganjurkan 42 pertandingan uji cuba Sukan Asia dan 5 pertandingan uji cuba Sukan Para Asia di 43 buah stadium dan gimnasium. Naib Pengerusi GAGOC yang juga Naib Pengerusi Jawatankuasa Olimpik China, Yang Shuan menyatakan, pertandingan tersebut diadakan untuk menguji dan memeriksa kemudahan, pengurusan dan prosedur kerja untuk Sukan Asia itu. Pada 16, 23 dan 29 Oktober nanti, semua stadium dan gimnasium akan mengadakan operasi uji cuba terakhir untuk menetapkan pelbagai cadangan bagi menangani kes-kes kecemasan dan menjamin temasya sukan ini beroperasi dengan lancar.

Isu lalu lintas di Guangzhou dalam tempoh Sukan Asia ini sentiasa menarik perhatian media dari dalam dan luar negara. Naib Pengerusi GAGOC, Wan Qingliang menyatakan bahawa dalam tempoh Sukan Asia ini , bandar Guangzhou akan melaksanakan operasi kawalan kereta mengikuti platnya yang bernombor genap atau ganjil dan menyediakan laluan kereta khusus untuk Sukan Asia.

"Dalam tempoh Sukan Asia, bandar ini akan menyediakan laluan khas untuk Sukan Asia yang menyambungkan Kota Sukan Asia, hotel-hotel, lapangan terbang serta pelbagai stadium dan gimnasium bagi pertandingan utama. Kami juga akan menyediakan lebih daripada 6,000 buah kereta khas untuk kegunaan para atlet, pegawai kontinjen dan pegawai teknikal."

Sejak mendapat hak untuk menganjurkan Sukan Asia pada tahun 2004, Guangzhou telah mengambil langkah untuk memperbaiki keadaan udara, air, lalu lintas, kediaman, dan kemudahan tanpa gangguan untuk OKU. Naib Pengerusi GAGOC, Wan Qingliang menyatakan bahawa dengan mengambil langkah tersebut, bandar Guangzhou telah mengalami perubahan yang besar.

"Sukan Olimpik telah menjadikan Beijing bandar yang baru, Ekspo Dunia pula menjadikan Shanghai bandar yang baru. Jadi, Sukan Asia pasti akan menjadikan Guangzhou bandar yang baru. Jika dibandingkan dengan perubahan bandar dan pembangunan ekonomi yang dibawa oleh Sukan Asia ini, kami lebih menghargai harta dalam aspek mental yang dibawa kepada penduduk kami. Dengan mengadakan Sukan Asia, kami dapat mencipta persekitaran kehidupan yang lebih baik dan meningkatkan taraf hidup penduduk."

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China