Pos Negara China semalam mengumumkan penubuhan kumpulan pimpinan dan jabatan perkhidmatan pos Sukan Asia ke-16 Guangzhou, dan mengemukakan empat langkah untuk menjamin perkhidmatan pos dalam tempoh berlangsungnya Sukan Asia dan Sukan Orang Kurang Upaya.
Ketua Pengarah Pos Negara China, Ma Junsheng menyatakan, pengalaman Sukan Olimpik Beijing perlu diambil untuk menyusun pelan kerja perkhidmatan pos, memberi bimbingan kepada syarikat ekspres untuk terus menyempurnakan pelan tindak balas kecemasan dan prosedur penanganan terhadap kejadian yang tidak dijangka. Selain itu, pihaknya juga akan meningkatkan pemeriksaan terhadap keselamatan barang kiriman melalui pos dan ekspres ke provinsi Guangdong, terutamanya barang kiriman yang dihantar ke stadium kedua-dua sukan tersebut.








