Cari:
Pembinaan Persiapan Sukan Asia Sumbang kepada Import-Eksport Guangzhou
2010-10-19 11:40:46 CRI Cetak

Pembinaan persiapan projek Sukan Asia telah memberikan sumbangan besar kepada Guangzhou untuk mengekalkan pertumbuhan yang pesat dalam perdagangan import-eksport ketika menghadapi kesan krisis kewangan antarabangsa. Demikian dimaklumkan dalam taklimat berkenaan semalam.

Dimaklumkan, projek kemudahan memproses air kotor dalam bandar, pembinaan stadium dan gimnasium Sukan Asia, terutamanya Stadium Menunggang Kuda, pembinaan hotel dan rangkaian perkhidmatan yang berkaitan dengannya telah mendorong perdagangan import-eksport untuk berkembang dengan pesat. Berdasarkan statistik, dalam lapan bulan pertama tahun ini, perdagangan import-eksport Guangzhou mencecah 76.6 bilion dolar Amerika. Jumlah ini hampir sama dengan jumlah seluruh import-eksport pada tahun lalu, dan memperlihatkan peningkatan 41% berbanding dengan tempoh yang sama tahun lalu, jauh lebih tinggi daripada pertumbuhan purata di seluruh negara.

Pakar menjangkakan, jumlah keseluruhan perdagangan import-eksport Guangzhou pada tahun ini mungkin akan melebihi 90 bilion dolar Amerika.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China