Pusat Khidmat Pelbagai Bahasa bagi Sukan Asia ke-16 di Guangzhou telah ditubuhkan di Universiti Bahasa-bahasa Asing Guangdong semalam.
Pusat tersebut akan menyediakan perkhidmatan penterjemahan dalam sembilan jenis bahasa, iaitu bahasa Inggeris, Rusia, Korea, Jepun, Kemboja, Vietnam, Arab, Thai dan bahasa Indonesia untuk mereka yang berdaftar seperti anggota Majlis Olimpik Asia (OCA) dan atlet, pegawai serta staf media dari 45 buah negara dan kawasan sepanjang Sukan Asia ke-16 di Guangzhou ini diadakan.