Jabatan perlindungan Alam Sekitar Bandar Guangzhou akan mengetatkan peraturan kawalan pelepasan karbon dioksida semasa berlangsungnya Sukan Asia dan Sukan Paralimpik Asia bermula 1 November nanti.
Naib Ketua Pengarah Jabatan perlindungan Alam Sekitar Bandar Guangzhou, Yang Liu berkata, 72 buah syarikat tempatan akan diarahkan supaya menghentikan atau mengurangkan pengeluaran mereka semasa berlangsungnya kedua-dua temasya sukan tersebut. Tindakan ini akan dikenakan kepada maksimum 113 buah syarikat sekiranya cuaca buruk berlaku di Guangzhou.