Cari:
Masyarakat Antarabangsa Puji Kejayaan Ekspo Dunia di Shanghai
2010-10-30 15:42:32 CRI Cetak

Pegawai kerajaan pelbagai negara dan tokoh-tokoh persahabatan antarabangsa baru-baru ini menyatakan penghargaan yang tinggi kejayaan Ekspo Dunia yang diadakan di Shanghai. Menurut mereka, ekspo kali ini merupakan ekspo yang berskala paling besar, jumlah pengunjung paling ramai dan dianjurkan paling berjaya dalam sejarahnya.

Menteri Luar Costa Rica, Rene Castro pegawai kerajaan lain dan tokoh persahabatan dari negara tersebut menyertai aktiviti Hari Pavilion Costa Rica di Taman Ekspo Dunia di Shanghai semalam. Menurut mereka, Ekspo Dunia kali ini amat berjaya.

Pegawai dari Pakistan, Zafar berkata, kerja persiapan bagi ekspo kali ini cukup baik. Pembinaan, pentadbiran dan kemudahan lalu lintas di Taman Ekspo Dunia di Shanghai juga memuaskan.

Pengerusi Kawasan Lombardy Itali, Formigoni berkata, Ekspo Dunia di Shanghai telah mencipta rekod yang mampu menerima kunjungan sejuta orang penonton pada satu hari. Ini telah menunjukkan keupayaan China dalam bidang tersebut.

Ketua Pegawai Eksekutif Jabatan Perdagangan dan Pelaburan Britain, Sr. Andrew Cahn berkata, Ekspo Dunia di Shanghai telah mempamerkan pembangunan di seluruh dunia, dan ekspo kali ini juga dapat mengembangkan Shanghai.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China