Sejenis kad debit akan dikeluarkan oleh pihak penganjur Sukan Asia Guangzhou untuk memudahkan orang ramai membeli makanan dan minuman di Perkampungan Sukan Asia Ke-16.
Menurut Jawatankuasa Penganjur Sukan Asia Guangzhou, lebih 150 buah mesin kad debit itu akan dipasang di tujuh kantin di Perkampungan Sukan Asia.
Sementera itu, lebih kurang 100 ribu keping kad jenis itu akan disediakan kepada para atlet, anggota media dan pegawai sukan pelbagai negara yang akan menyertai temasya sukan tersebut.