Kampung Atlet Sukan Asia Guangzhou 2010 dirasmikan semalam. Seramai lebih 10 ribu atlet dari 45 negara dan kawasan di Asia akan tiba dan tinggal di kampung tersebut. Kontinjen China menjadi kontinjen pertama yang mengadakan majlis menaikkan bendera di kampung itu.
Majlis menaikkan bendera Kontinjen China yang juga perasmian Kampung Sukan Asia diadakan di lapangan menyamput tetamu. Seramai lebih 100 wakil atlet China dari pasukan bola sepak, renang dan hoki wanita telah menyertai majlis tersebut.