Kerja persiapan bagi Sukan Asia 2010 di Guangzhou telah selesai.
Demikian diumumkan oleh Jawatankuasa Penganjur Sukan Asia Guangzhou semalam sempena 5 hari kira detik bagi perasmian pesta sukan tersebut.
Seramai 10,156 atlet dan 4,202 pegawai dari 45 buah negara dan kawasan akan menyertai sukan tersebut. Selain itu, 53 buah stadium pertandingan dan 17 lagi stadium latihan juga telah siap dan telah dibuka kepada atlet kelmarin.