Matlamat kontinjen China dalam Sukan Asia ke-16 adalah tempat pertama dalam senarai pingat emas dan jumlah menyeluruh pingat dan China juga berharap semoga atlet negara dan kawasan lain mencapai hasil yang baik. Demikian dinyatakan oleh Naib Ketua kontinjen China, Xiao Tian di Guangzhou hari ini.
Menurut beliau, kontinjen China menyertai Sukan Asia ini untuk melatih atlet muda supaya mereka dapat mencapai hasil yang baik dalam Sukan Olimpik 2012 di London.
Ketika membincarakan tentang atlet China pernah dikalah oleh atlet negara Asia lain termasuk Singapura dalam perlawatan acara pingpong dan bedminton dalam kejohanan antarabangsa sebelum sukan ini, Xiao Tian menyatakan bahawa atlet China menemui cabaran besar dari negara lain dalam acara yang selalu dikuasai China, ini adalah hal yang baik. Jika atlet Singapura sekali lagi mengalahkan atlet China dalam sukan ini, saya akan menyampaikan lagi tahniah kepada mereka.