Cari:
Sukan Asia 2010 di Guangzhou Bersiap Sedia
2010-11-12 14:39:04 CRI Cetak

"Saya merasa gembira meraikan rakan dan sahabat dari tdekat dan jauh, dan riang seperti kelopak bunga yang mekar". Di mana-mana akan terdengar lagu khas untuk Sukan Asia dengan tema "Rakan Sahabat dari Tempat Jauh" dimainkan di bandar Guangzhou dalam masa terdekat ini. Muzik yang lemah gemalai ini mengambarkan perasaan dari lubuk hati warga bandar Guangzhou.

Li Yuan, seorang dalah penduduk warga Guangzhou memberitahu pemberita bahawa kami sebagai penduduk bandar Guangzhou berasa amat terharu kerana Sukan Asia akan diadakan di Guangzhou, dan diberi perhatian oleh rakyat seluruh dunia. Saya juga berasa amat bangga kerana, sebagai tuan rumah dapat menyediakan makanan yang sedap kepada para atlet, saya harap mereka akan berjaya dalam pertandingan dan hidup selesa ketika berlangsungnya temasya sukan ini.

Seramai 10,156 orang atlet dan 4,202 orang pegawai kontinjen telah mendaftar untuk menyertai Sukan Asia di Guangzhou ini. Kampung atlet merupakan kawasan kediaman utama yang disediakan kepada para peserta semasa mereka menyerta pertandingan dan menjalani latihan. Ketua kampung atlet, Puan Kong Shaoqiong menyatakan bahawa kami mengutamakan kepentingan para atlet ketika mengendalikan kampung atlet ini. Kami akan berusaha bersungguh-sungguh untuk memberikan perkhidmatan yang memuaskan kepada para atlet, pegawai kontinjen dan pelancong dengan menyediakan kediaman yang selamat, selesa dan harmoni.

Bagi Sukan Asia di Guangzhou ini terdapat 70 buah stadium, termasuk 53 buah stadium pertandingan dan 17 buah stadium khusus untuk latihan. Jumlah stadium ini telah memecahkan rekod catatan stadium yang paling banyak untuk Sukan Asia setakat ini. Jumlah pelancong dari berbagai-bagai negara yang datang untuk menyaksikan pertandingan Sukan Asia ini juga merupakan angka yang amat mengagumkan selain daripada jumlah atlet yang menyertai pertandingan tersebut.

Sistem lalu lintas di bandar Guangzhou akan menghadapi ujian yang luar biasa untuk memudahkan para pengunjung menikmati kesemua pertandingan secara teratur. Datuk bandar Guangzhou, Wan Qingliang menyatakan bahawa kerajaan bandar Guangzhou telah memperuntukkan kira-kira 70 bilion yuan RMB untuk membina landasan kereta api bawah tanah sepanjang 200 kilometer lebih sejak hak untuk menganjurkan Sukan Asia Ke-16 di Guangzhou ini berjaya diperoleh pada tahun 2004.

Beliau menyatakan bahawa kami mengambil pelbagai langkah untuk membaiki dan meningkatkan keperluan dan kemudahan lalu lintas seperti yang dijanjikan kepada Majlis Olimpik Asia ( OCA). Kami rasa, kami dapat memenuhi permintaan pertandingan Sukan Asia ini , juga keperluan perkhidmatan di bandar ini.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China