Upacara perasmian Sukan Asia ke-16 diadakan di Guangzhou malam semalam. Perdana Menteri China, Wen Jiabao telah mengumumkan perasmian sukan ini.
Upacara tersebut yang bermula pukul 7.00 malam semalam itu diadakan dengan tiga bahagian, iaitu perarakan di Sungai Mutiara, ucapan perasmian dan persembahan kesenian. Upacara semalam yang bertema "air" itu diadakan di pulau Haixinsha di Sungai Mutiara.
Sukan Asia di Guangzhou ini merupakan kali kedua bagi China menganjurkan Sukan Asia. Pada 20 tahun lalu, Sukan Asia pernah diadakan di Beijing.
Kontinjen China untuk sukan ini skopnya paling besar dalam sejarah Sukan Asia, sejumlah 977 atlet akan beraksi dalam 41 acara pertandingan.