Cari:
China Raih 42 Pingat Emas Selepas Hari ke-3 Sukan Asia ke-16
2010-11-15 16:12:55 CRI Cetak

Sukan Asia ke-16 yang sedang berlangsung di Guangzhou telah memasuki hari ketiga. Setakat berita ini dikeluarkan, kontinjen China menduduki tempat pertama dalam kutipan pingat emas dengan meraih 42 pingat emas. Kontinjen Repulik Korea dan Jepun masing-masing menduduki tempat kedua dan ketiga.

Atlet China menggondol tiga pingat emas dalam acara menembak hari ini dan skuad badminton wanita China menjadi johan selepas menewaskan Thailand.

Pada hari yang sama, kontinjen Malaysia berjaya meraih sebuah pingat perak menjadikan jumlah pingat yang diperolehi kontinjen Malaysia empat.

Atlet acara wusyu dari Vietnam, Nguyen Manh Quyen menggondol pingat gangsa, iaitu pingat yang pertama untuk kontinjen negaranya semalam.

Setakat hari ini, kontinjen Indonesia telah meraih enam pingat, satu perak dan lima pingat gangsa. Kontinjen Singapura memperoleh satu pingat perak dan satu pingat gangsa.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China