Cari:
Hari Raya Aidil Adha Disambut dengan Meriah di Kampung Sukan Asia
2010-11-17 15:15:35 CRI Cetak

Hari raya Aidil Adha telah disambut dengan meriah oleh kaum Muslim tempatan dan warga asing yang beragama Islam di China. Ini termasuk atlet dari pelbagai negara Asia yang sedang menyertai Sukan Asia Ke-16 di Guangzhou.

Pada pukul 9 pagi semalam, imam-imam yang berpakaian jubah berwarna putih sudah berada di depan pintu Pusat Perkhidmatan Keagamaan di kampung Sukan Asia. Imam-imam yang datang dari Beijing tersebut bertugas memberikan perkhidmatan amalan ibadat kepada atlet-atlet yang beragama Islam. Li Linhang, seorang imam daripada mereka berkata: "Kami bertugas memberikan perkhidmatan amalan ibadat kepada para atlet. 6 orang daripada kami pernah berkhidmat untuk Sukan Olimpik 2008 di Beijing dan mempunyai pengalaman perkhidmatan. Kami akan menjalankan tugas berkenaan semasa berlangsungnya Sukan Asia dan Sukan Para Asia."

Seramai lebih 6,000 orang atlet beragama Islam yang menyertai Sukan Asia kali ini. Angka ini melebihi 30% daripada jumlah keseluruhan atlet. Oleh itu, pelbagai jenis kemudahan telah disediakan di kampung Sukan Asia untuk memenuhi permintaan atlet yang beragama Islam. Ini termasuk 5 buah restoran halal dan surau yang dilengkapi dengan kiblat. Ketua Pusat Perkhidmatan Keagamaan, Zhong Zhiyan memberitahu wartawan bahawa mereka juga telah membuat persiapan untuk menyambut hari raya Aidil Adha. Kata beliau: "5 tempat telah disediakan untuk atlet yang beragama Islam menunaikan solat Aidil Adha. Tempat-tempat tersebut boleh menampung lebih 2,000 orang pada suatu masa yang sama. Di samping itu, pelbagai tindakan telah diambil untuk memastikan keselamatan sempena upacara solat itu berlangsung. Selain itu, pelbagai perkhidmatan juga telah disediakan kepada atlet yang beragama Islam sempena sambutan hari raya Aidil Adha."

Menteri Belia dan Sukan Malaysia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek menulis inskripsi untuk Sukan Asia 2010.

Menteri Belia dan Sukan Malaysia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek yang turut serta dalam upacara solat itu berkata, upacara solat yang dijalankan di sini amat sempurna dan lancar. Kami menunaikan solat Aidil Adha dengan muslim dari pelbagai negara dengan mengikut Imam dari China. Kami bersama-sama berdoa untuk keharmonian Asia."

Perkhimatan yang sempurna mendapatkan penghargaan tinggi daripada atlet yang beragama Islam. Menurut mereka, menyambut hari raya Aidil Adha dalam tempoh Sukan Asia di Guangzhou merupakan satu pengalaman yang cukup bermakna. Pemain biliard dari Afghanistan, Sultani Nader Khan berkata: "Hari raya Aidil Adha disambut dengan pelbagai aktiviti di Afghanistan. Hari ini, saya merasa amat gembira kerana boleh merayakan hari raya ini di Guangzhou, China. Saya ingin mengucapkan selamat menyambut hari raya Aidil Adha kepada semua muslimin dan muslimat di dunia!"

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China