Cari:
Kemenangan Azizulhasni Bakar Semangat Atlet Lain
2010-11-18 09:19:48 CRI Cetak

Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek (tiga dari kanan) meraikan kejayaan Azizulhasni Awang dan Josiah Ng (kanan) yang memenangi emas dan perak dalam acara keirin basikal trek Sukan Asia di Guangzhou, semalam.

Utusan Malaysia melaporkan, Ketua Kontinjen Malaysia ke Sukan Asia ke-16, Datuk Zolkples Embong berkata, kejayaan Azizulhasni Awang dan Josiah Ng meraih pingat emas dan perak dalam acara akhir keirin, semalam menjadi pembakar semangat atlet yang lain untuk mencipta kejayaan, sekali gus merealisasikan sasaran membawa pulang sembilan pingat emas pada Sukan Asia kali ini.

Zolkples, yang juga adalah Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) berkata, kejayaan Azizulhasni dan Josiah itu juga membuktikan Malaysia memiliki pelumba basikal yang terbaik di Asia. Kemenangan ini juga membuktikan bahawa kejayaan di Delhi, Sukan Komanwel bulan lalu bukan kerana nasib.

Mengulas perancangannya selepas temasya ini, Azizulhasni berkata, dia akan menumpukan latihan bagi persediaan siri Piala Dunia dalam usaha mencari mata bagi melayakkan diri ke Sukan Olimpik London 2012.

 

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China