Akhbar Utusan Malaysia melaporkan, setelah lesu kelmarin, usaha memburu sembilan pingat emas kembali rancak apabila basikal trek dan boling menyumbang dua pingat emas, semalam sekali gus meletakkan kontinjen Malaysia kembali ke landasan untuk mencapai sasaran ditetapkan.
Basikal trek menyumbang emas dan pingat perak kedua negara dalam acara keirin lelaki selepas Mohd. Azizulhasni Awang dan Josiah Ng menamatkan perlumbaan dengan kemenangan pingat emas dan perak.
Kejayaan anak buah jurulatih John Beasley itu kembali menyuntik semangat kontinjen negara dan beberapa jam selepas Malaysia meraikan kejayaan atlet berbasikal trek, boling muncul garang menerusi acara berpasangan lelaki, apabila membutirkan emas ketiga daripada Alex Liew dan Adrian Ang yang melakukan keseluruhan 2,711 jatuhan pin selepas bermain enam blok.
MQuzandria Nur dan abangnya, Mohd. Qabil Ambak masing-masing meraih perak dan gangsa acara dessage individu di Pusat Ekuestrian Guangzhou, semalam.