Dalam pertandingan renang Sukan Asia di Guangzhou semalam, atlet Singapura, Tao Li mengecewakan Jiao Liuyang dari China yang sebelum ini dipandang paling berpotensi untuk menang dan menjadi juara acara 50 M kupu-kupu Wanita dengan catatan masa 26'10''. Atlet Jepun dan China masing-masing memenangi pingat perak dan gangsa. Ini juga merupakan pingat emas pertama bagi Kontinjen Singapura dalam Sukan Asia Guangzhou.
Dalam pertandingan 100 M Kupu-kupu Wanita yang diadakan enam hari yang lalu, Jiao Liuyang pernah menewaskan Tao Li dan memenangi pingat emas.
Selepas pertandingan, Tao Li berkata, mengekalkan juara bagi acara ini dalam Sukan Asia bukanlah hal yang mudah baginya. Sebelum ini, tiada orang yang optimis tentang keupayaannya. Menerusi keputusan itu, Tao Li mahu memberitahu orang lain supaya jangan mengabaikannya.