Cari:
Jepun dan A.S. Adakan Latihan Tentera Bersama secara Besar-Besaran
2010-12-03 16:05:29 CRI Cetak
Jepun dan A.S. mula menjalankan latihan bersama dengan nama kod "Keen Sword" selama seminggu di pangkalan tentera di Jepun dan dalam kawasan perairan laut di sekitarnya pada hari ini. Hampir 45,000 orang askar Jepun dan A.S., 60 buah kapal perang dan 400 buah jet pejuang akan menyertai latihan ini. Sebagai latihan bersama bagi tentera kedua-dua negara ini, skopnya paling besar dalam sejarah, iaitu enam kali lebih besar latihan tentera Republik Korea dan A.S. di Laut Huanghai yang baru berakhiri itu.

Kandungan latihan tentera kali ini mencakupi aspek pemintasan peluru berpandu balistik dan pertahanan pulau. Jepun dan A.S. akan melaksanakan latihan ini dengan menggunakan sistem pertahanan peluru berpandu di pelbagai pangkalan tenteta udara pasukan pertahanan diri Jepun dan pangkalan pasukan tentera A.S. di Jepun. Selain itu, pasukan pertahanan diri Jepun akan menghantar kapal tentera "Aegis" yang mempunyai fungsi pemintas peluru berpandu untuk menyertai latihan tersebut. Kapal induk pembawa pesawat udara A.S., "USS George Washington" yang telah menyertai latihan tentera Laut Huanghai juga akan menyertai latihan kali ini. Tentera kedua-dua negara ini akan membuat latihan pertahanan pulau di bahagian barat Kyushu dan kawasan perairan laut bahagian barat daya dari Okinawa hingga ke bahagian selatan Shikoku.

Akhbar Sankei Shimbun mengeluarkan rencana bahawa latihan tentera bersama Jepun dan A.S. ini bertujuan untuk melatih dan meningkatkan keupayaan pertempuran bersama tentera kedua-dua negara tersebut, berkongsi pengalaman dalam bidang berkaitan, menyesuaikan pasukan tentera darat A.S. dengan kaedah pertempuran Jepun. Latihan tentera bersama yang lalu biasanya tidak menyasarkan sesebuah negara yang khusus untuk mengelakkan bantahan dalam bidang hubungan diplomatik. Tetapi latihan kali ini nampaknya untuk menyekat China dan mencegah ancaman peluru berpadu dari Republik Rakyat Demokrati Korea (DPRK).

Sebelum ini, media Jepun pernah menyatakan bahawa latihan tentera Jepun-A.S. kali ini akan menjadikan China sebagai "musuh yang direka-reka". Selepas kejadian perlanggaran bot nelayan di Pulau Diaoyu, media Jepun mula menghasut teori ancaman China untuk menggalakkan usaha pertahanan Kementerian Pertahanan negaranya di kawasan perairan laut bahagian barat daya. Kementerian Pertahanan Jepun berniat memindahkan fokus utama pertahanan negaranya di bahagian utara ke barat daya dalam Pelan Rangka Program Pertahanan Kebangsaan (NDPO) yang baru. Latihan tentera Jepun-A.S. bukan sahaja bertujuan untuk "menunjukkan Jepun bertekad dan berupaya mempertahankan keselamatan kepulauan barat daya", bahkan juga "memainkan peranan untuk menyekat China".

Berbeza dengan latihan yang lalu, pihak tentera Republik Korea juga akan menghantar pemerhati negaranya untuk menyertai latihan tersebut buat kali pertamanya. Pemerhati Republik Korea akan menaiki kapal tentera A.S. dan membuat tinjauan sepanjang latihan tersebut. Namun, pihak mereka tidak akan menyertai latihan pertahanan pulau yang diadakan di kawasan perairan laut bahagian barat daya untuk mengelakkan daripada "merangsang" negara-negara di sekitarnya. Pendapat umum menyatakan bahawa dengan latar belakang situasi Semenanjung Korea yang semakin tegang akibat kejadian serangan bedilan meriam antara Republik Korea dengan DPRK, tindakan Republik Korea ini seolah-olah bertujuan untuk menunjukkan hubungan yang rapat antara negaranya dengan Jepun dan A.S.. Akhbar Nikkei Shinbun memetik kata-kata Ketua Setiausaha Kabinet Jepun, Yoshito Sengoku dan merumuskan bahawa A.S., Jepun dan Republik Korea mungkin akan mengadakan siri latihan tentera bersama-sama. Ini pasti akan "memberikan tekanan kepada negara-negara yang berkenaan" dan situasi Asia Timur yang tegang sekarang ini "akan berterusan".

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China