Naib Presiden China, Xi Jinping menyalakan obor Sukan Para-Asia ke-10 yang akan diadakan di Guangzhou nanti dan mengumumkan acara larian obor Sukan Para-Asia Guangzhou bermula di Beijing pagi tadi.
Pembawa obor yang menyertai acara larian obor di Beijing terdiri daripada 20 orang, kebanyakan mereka adalah atlet kurang upaya yang pernah meraih kehormatan untuk kontinjen China dalam pelbagai temasya sukan antarabangsa.
Selepas acara larian obor di Beijing berakhir, api suci Sukan Para-Asia Guangzhou telah dihantar ke Guangzhou petang tadi untuk larian obor selama tujuh hari di sana. Pada 12 Disember nanti, obor ini akan dibawa masuk ke stadium upacara perasmian Sukan Para-Asia Guangzhou untuk menyalakan obor utama di sana.