Cari:
Kontinjen Singapura ke Sukan Para-Asia Berlepas ke Guangzhou
2010-12-09 13:00:35 CRI Cetak

Kontinjen Singapura ke Sukan Para-Asia 2010 telah berlepas ke Guangzhou, China semalam.

Menteri Negara Kanan Kementerian Pembangunan Komuniti, Belia dan Sukan Singapura, Teo Ser Luck ketika mengucapkan selamat jalan di lapangan terbang berkata bahawa Sukan Para-Asia sama pentingnya dengan Sukan Asia. Pihaknya akan menyokong penuh para atlet untuk menyertai temasya tersebut.

Kontinjen yang terdiri daripada 24 orang atlet, 25 orang jurulatih dan pegawai itu akan menyertai 6 daripada 19 acara dalam pesta ini.

Sukan Para-Asia 2010 dijadualkan di Guangzhou pada 12 hingga 19 Disember ini.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China