Cari:
Sukan Para-Asia akan Dirasmikan di Guangzhou Malam Ini
2010-12-12 14:31:19 CRI Cetak

Sukan Para-Asia Tahun 2010 akan dirasmikan di bandar Guangzhou, selatan China malam ini. Menurut maklumat, Naib Perdana Menteri China, Li Keqiang akan menghadiri upacara perasmian itu dan mengumumkan bermulanya temasya sukan ini.

Seramai lebih 2,500 atlet kurang upaya dari 41 buah negara dan kawasan Asia akan berkumpul di sana untuk beraksi dalam 19 acara pertandingan dalam tempoh tujuh hari akan datang.

Jawatankuasa Penganjur Sukan Para-Asia (GAPGOC) mengumumkan semalam bahawa bandar Guangzhou telah membuat persiapan yang cukup baik untuk menyambut Sukan itu.

Pertandingan temasya sukan itu akan diadakan di 19 buah stadium dan gimnasium yang digunakan dalam Sukan Asia yang baru berakhir. Seramai 25 ribu orang sukarelawan dan lebih 1,000 juruteknik bersedia memberikan perkhidmatan kepada temasya sukan ini.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China