Cari:
Majlis Penyampaian Hadiah bagi Aktiviti Memilih "Senarai Kedudukan Bandar China" Diadakan di Beijing
2010-12-28 17:34:50 CRI Cetak

Acara pelancaran platform dalam talian untuk mempromosikan pelancongan dalam berbilang bahasa, kendalian Radio Antarabangsa China (CRI), dan majlis penyampaian hadiah bagi aktiviti memilih "Senarai Kedudukan Bandar China" diadakan di Beijing petang tadi.

Aktiviti memilih "Senarai Kedudukan Bandar China 2010—bandar pelancongan China yang dipilih oleh pengguna internet dunia" ini, telah menarik penyertaan lebih daripada 80 buah bandar di seluruh negara. Melalui persaingan yang sengit, bandar Haerbin, Hangzhou, Huangshan, Jinan, Kashgar, Lijiang, Luoyang, Sanya, Suzhou dan Xi'an, terpilih menduduki tempat 10 teratas dalam senarai tersebut.

Platform promosi pelancongan yang dilancarkan secara serentak itu dikatakan akan memberikan fokus kepada usaha mempromosi sumber pelancongan China serta kemajuannya dalam aspek tersebut melalui pelbagai bentuk aktiviti dan program dengan menggunakan 61 jenis bahasa.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China