Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama sedang menanti-nantikan lawatan rasmi rakan sejawatnya dari China, Hu Jintao ke negaranya. Beliau berkata, pihak A.S. akan membuat persiapan bersama China supaya lawatan kali ini dapat diadakan dengan lancar. Demikian dinyatakan oleh presiden Obama semasa bertemu dengan Menteri Luar China, Yang Jiechi di Washington semalam.
Menurut beliau, lawatan Presiden Hu dibuat pada masa yang sesuai dan mempunyai makna besar. Beliau berkata, hubungan A.S-China. yang baik dan berjaya amat bermakna bagi A.S. dan seluruh dunia. A.S. berharap untuk berusaha bersama dengan China bagi memperluas kerjasama, meningkatkan taraf kerjasama, bersama mengatasi cabaran di dunia serta membangun hubungan A.S-China. yang positif dengan menyeluruh untuk menguntungkan rakyat kedua-dua negara.
Yang Jiechi pula berkata, lawatan rasmi Hu Jintao ke A.S. akan memberi makna yang penting kepada hubungan kerjasama kedua-dua negara pada zaman yang baru.