Cari:
Yang Jiechi dan Hillary Clinton Adakan Rundingan
2011-01-06 15:07:47 CRI Cetak

Menteri Luar China, Yang Jiechi dan Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Hillary Clinton mengadakan rundingan di Washington semalam.

Yang Jiechi telah menilai tinggi perkembangan hubungan antara China dan A.S., dan menyatakan ketua kedua-dua negara ini telah mengekalkan komunikasi yang erat. Kedua-dua negara telah membina mekanisme dialog strategi dan ekonomi China-A.S. serta mekanisme rundingan peringkat tinggi mengenai pertukaran kebudayaan dan pendidikan.

Hillary Clinton menyatakan bahawa pihaknya menanti-nantikan lawatan Presiden Hu Jintao ke A.S. yang akan diadakan pada masa terdekat. A.S. bersedia berusaha bersama dengan China untuk menjayakan lawatan tersebut.

Kedua-dua pihak juga bertukar-tukar pendapat tentang situasi Semenanjung Korea dan isu nuklear Iran.

Menurut maklumat lain, Yang Jiechi secara berasingan telah bertemu dengan Setiausaha Perbendaharaan Amerika Syarikat, Timothy Geithner dan Setiusaha Perdagangan A.S., Gary Faye Locke kelmarin dan semalam di Washington. Kedua-dua pihak telah bertukar-tukar pendapat tentang kerja persiapan lawatan Presiden China, Hu Jintao ke A.S. serta isu tentang hubungan kedua-dua negara.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China