Cari:
Sebahagian Latihan Tentera A.S. di Jepun Akan Dipindahkan
2011-01-06 14:41:17 CRI Cetak

Perdana Menteri Jepun, Kitazawa Toshimi menyatakan bahawa demi mengurangkan bebanan yang diakibatkan oleh latihan tentera A.S. di Jepun kepada penduduk tempatan di Okinawa, kerajaan Jepun sedang berbincang dengan tentera A.S. yang ditempatkan di pangkalan Futenma Jepun untuk memindahkan latihan helokopternya ke kawasan yang lain dalam negara Jepun.

Opini umum menyatakan bahawa keputusan itu menceritakan kerajaan Jepun bertujuan untuk mendapatkan kerjasama dengan kerajaan tempatan dalam isu Futenma melalui tindakan mengurangkan bebanan yang disebabkan oleh latihan pangkalan tersebut kepada penduduk Okinawa. Tetapi, pihak kerajaan kaunti Okinawa bersikap tegas dan menuntut semua pangkalan tentera asing mesti dipindahkan ke luar kaunti itu.

Pangkalan Kadena tentera A.S. terletak di kawasan tengah pulau Okinawa, dan merupakan salah satu pangkalan tentera udara yang penting di Asia. Kira-kira 100 buah pesawat pejuang, termasuk pesawat pejuang F-15 dan pesawat tangki minyak KC-135 yang ditempatkan di pangkalan itu. Latihan pesawat pejuang tentera A.S. di pangkalan itu yang berlaku sepanjang 24 jam tanpa terputus amat menggangg penduduk yang tinggal di sekitar pangkalan itu.

Menurut media Jepun pada 1 Januari lalu, beberapa orang pegawai kerajaan Jepun yang terbabit menyatakan bahawa Jepun dan A.S. telah mencapai kata sepakat, dan akan melaksanakan perjanjian yang berkenaan dalam tempoh tahun ini. Ketika itu, sebahagian latihan pesawat pejuang F-15 dari pangkalan Kadena akan dipindahkan ke pulau Guam. Setiausaha Pertahanan A.S., Robert Gates akan mengadakan rundingan dengan Menteri Pertahanan Jepun, Kitazawa Toshimi untuk mengenalpasti perkara itu dalam lawatannya ke Jepun pada 13 Januari. Seandainya pemindahan latihan tersebut dapat diadakan dengan lancar, ia akan merupakan kali pertama bagi tentera A.S. di kaunti Okinawa memindahkan latihannya ke luar negara Jepun.

Media Jepun memaklumkan bahawa tindakan kerajaan Jepun tersebut dilihat sebagai dasar pendamaian bagi kerajaan tempatanOkinawa bertolak ansur dalam isu Futenma. Walaupun kerajaan kedua-dua negara Jepun dan A.S. mencapai perjanjian dalam isu pemindahan latihan pangkalan Futenma, tetapi cadangan yang berkenaan tetap ditolak oleh baik kerajaan mahupun rakyat kaunti Okinawa, kerana pemindahan itu dirancangkan diadakan dalam kauntinya. Oleh itu, isu Futenma terpaksa terkandas.

Penganalisis menyatakan bahawa "dasar pendamaian" tersebut tidak akan dilaksanakan dengan jayanya. Selain itu, kerajaan Jepun juga bercadang akan berbincang dengan pihak A.S. tentang meningkatkan terus skop pemindahan latihan tentera A.S. di Jepun ke luar kaunti Okinawa. Kerajaan A.S. berasa tidak puas hati terhadap tindakan kerajaan Jepun tersebut memandangkan masalah Futenma masih belum diselesaikan. Menurut jangkaan bahawa kerja penyelarasan dari kedua-dua pihak adalah sukar dijalankan.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China